Kakimuvee
Berita Lokal

‘Khadam’ Raih RM4 Juta, Kukuh Sebagai Filem Tempatan No.1 Di Malaysia

Filem seram tempatan Khadam terus mencipta fenomena apabila berjaya mengutip RM4 juta di pawagam seluruh negara, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai filem tempatan nombor satu di Malaysia ketika ini.

Terbitan Redcomm dan Komet, Khadam mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sejak hari pertama tayangan, dengan perbualan mengenai filem itu terus hangat di media sosial.

Mengangkat tagline “Jangan Sampai Jadi Tuan”, naskhah seram tersebut berjaya menarik perhatian penonton menerusi jalan cerita yang penuh misteri dan elemen seram yang mencetuskan debaran.

Kejayaan kutipan RM4 juta ini membuktikan sokongan berterusan penonton terhadap filem tempatan, selain memperlihatkan potensi genre seram yang masih mendapat tempat dalam kalangan penggemar filem di Malaysia.

Dibintangi Aghniny Haque, Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaff, Karl’ El dan Jun Lojong, Khadam mengisahkan Melor yang terpaksa mewarisi saka keluarganya selepas kematian ibunya. Namun, entiti tersebut mula mengambil alih kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu, memaksanya berjuang untuk menyelamatkan keluarga serta dirinya daripada terus dikuasai kuasa misteri itu.

Bagi mereka yang masih belum menonton, Khadam kini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Penonton turut digalakkan berkongsi pengalaman mereka menggunakan tanda pagar #Khadam dan #JanganSampaiJadiTuan di media sosial.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Astro X3 Dilancarkan, Tonton Kandungan Astro Tanpa Dekoder Dan Pemasangan

Karim Khan

Spider-Man Menghiasi Langit Kuala Lumpur Menerusi Pertunjukan Drone Dan Bunga Api Yang Spektakular

Karim Khan

Chelot Cecah RM19.5 Juta, Filem Sekuel Telah Diumumkan

Karim Khan

FINAS Mahu Industri Filem Tempatan Contohi Pengurusan Produksi Hollywood

Karim Khan

Filem Polong Akan Kembali Ke Pawagam Dengan Versi Director Cut Yang Lebih Mengerikan

Karim Khan

Teaser Takluk 2: Op Daulat Paparkan Operasi Memburu Militan GMN

Karim Khan

Leave a Comment