Kakimuvee
Trivia

5 Filem 2026 Yang Sudah Mengutip Lebih AS$1 Bilion Di Seluruh Dunia

Filem 2026 yang telah mengutip AS$1 billion

Tahun 2026 ternyata menjadi antara tahun paling hebat untuk industri perfileman Hollywood apabila sekurang-kurangnya lima filem telah berjaya melepasi kutipan AS$1 bilion di seluruh dunia.

Pencapaian ini menjadikan 2026 antara tahun paling rancak untuk filem blockbuster, dengan gabungan francais popular, animasi, biopik dan filem epik arahan Christopher Nolan berjaya menarik penonton ke pawagam.

Berikut ialah lima filem yang telah memasuki kelab AS$1 bilion setakat 9 Ogos 2026.

5. The Odyssey

Gambar filem The Odyssey

Dan yang terbaru ialah The Odyssey, filem epik arahan Christopher Nolan yang dibintangi Matt Damon, Tom Holland, Anne Hathaway, Robert Pattinson dan Zendaya.

Filem adaptasi karya klasik Homer itu secara rasmi melepasi AS$1 bilion di seluruh dunia pada minggu pertama Ogos.

Malah, angka terbaharu yang diumumkan Universal menunjukkan The Odyssey telah mencapai sekitar AS$1.1 bilion, dengan AS$461.1 juta daripada Amerika Utara dan AS$643.6 juta daripada pasaran antarabangsa.

Pencapaian itu turut menjadikan The Odyssey filem dengan kutipan tertinggi sepanjang kerjaya Christopher Nolan, mengatasi The Dark Knight Rises yang sebelum ini memegang rekod tersebut dengan sekitar AS$1.085 bilion.

4. The Super Mario Galaxy Movie

Illumination dan Nintendo meneruskan kejayaan francais Mario menerusi The Super Mario Galaxy Movie.

Filem animasi tersebut menjadi filem pertama keluaran 2026 yang berjaya menembusi kutipan AS$1 bilion di seluruh dunia.

Kutipannya kini berada sekitar AS$1.01 bilion.

Kejayaan ini meneruskan fenomena yang dicetuskan oleh The Super Mario Bros. Movie pada 2023, yang turut mencatat kutipan lebih AS$1 bilion.

3. Michael

Filem Michael

Biopik mengenai legenda muzik Michael Jackson, Michael, turut mencipta sejarah apabila melepasi angka AS$1 bilion di seluruh dunia.

Filem lakonan Jaafar Jackson sebagai Michael Jackson itu kini telah mengutip kira-kira AS$1.01 bilion.

Artikel Berkaitan:  Spider-Man: Brand New Day Capai Kutipan AS$2 Bilion, The Odyssey Lepasi AS$1.2 Bilion

Pencapaian tersebut cukup besar kerana Michael menjadi antara biopik muzik paling berjaya dalam sejarah serta filem pertama Lionsgate yang mencapai kutipan AS$1 bilion.

Sebelum mencapai angka tersebut, filem ini terlebih dahulu mencipta rekod sebagai biopik dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selepas mengatasi Oppenheimer.

2. Toy Story 5

Toy Story 5

Pixar turut mencipta kejayaan besar menerusi Toy Story 5.

Filem animasi tersebut telah mengutip sekitar AS$1.07 bilion di seluruh dunia, termasuk kira-kira AS$467.6 juta daripada pasaran Amerika Utara dan AS$604.9 juta dari pasaran antarabangsa.

Pencapaian itu menjadikan Toy Story 5 antara filem animasi paling berjaya tahun ini dan membuktikan bahawa francais Toy Story masih mempunyai tarikan besar selepas lebih tiga dekad.

1. Spider-Man: Brand New Day

Spider-Man: Brand New Day Box Office

Spider-Man: Brand New Day kini menjadi filem dengan kutipan tertinggi bagi tahun 2026.

Filem Sony dan Marvel Studios itu mencatatkan kutipan lebih AS$1 bilion hanya dalam tempoh enam hari selepas ditayangkan, sekali gus menjadi filem kedua terpantas dalam sejarah untuk mencapai angka tersebut selepas Avengers: Endgame.

Dalam beberapa hari berikutnya, kutipannya terus meningkat dan kini sudah melepasi AS$1.2 bilion di seluruh dunia.

Filem arahan Destin Daniel Cretton ini menampilkan Tom Holland sebagai Peter Parker, bersama Zendaya, Jacob Batalon, Jon Bernthal, Florence Pugh dan Sadie Sink.

Dengan kutipan yang masih meningkat, Spider-Man: Brand New Day berpotensi menjadi antara filem dengan kutipan tertinggi sepanjang 2026.

Dengan beberapa lagi filem besar yang bakal ditayangkan pada penghujung tahun, termasuk Avengers: Doomsday dan Dune: Part Three, jumlah filem yang berjaya menembusi kutipan AS$1 bilion berpotensi bertambah sebelum tahun ini berakhir.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Rupa-Rupanya Kabin Dalam The Evil Dead Benar-Benar Wujud, Kisahnya Lebih Seram Daripada Filem

Karim Khan

Sudah Tonton The Last House? Ini 5 Filem Survival Dalam Ruang Tertutup Yang Wajib Korang Tonton

Farah

8 Filem Jenayah, Heist, Aksi Dan Bencana Menarik Untuk Ditonton Di Netflix

Karim Khan

15 Filem Dan Siri Marvel Yang Perlu Ditonton Sebelum Avengers: Doomsday

Karim Khan

5 Sebab Anda Wajib Tonton ‘Tiket Sehala’, Thriller Terbaharu Yang Paparkan Realiti Job Scam

Karim Khan

Opening Credit Scene Marvel: Lagu Dan Montaj Ikonik Dalam Filem MCU

Karim Khan

Leave a Comment