Kakimuvee
Berita

Treler Kedua ‘Spider-Man: Brand New Day’ Raih 590 Juta Tontonan, Kedua Terbesar Sepanjang Zaman

Keterujaan terhadap filem baharu Spider-Man terus memuncak apabila treler kedua Spider-Man: Brand New Dayberjaya mencatat 590.8 juta tontonan dalam tempoh seminggu, sekali gus menjadi pelancaran treler kedua terbesar sepanjang zaman.

Menurut data WaveMetrix, pencapaian tersebut hadir selepas treler pertama filem itu mencipta sejarah sebagai treler filem terbesar pernah dilancarkan apabila melepasi 1 bilion tontonan hanya dalam tempoh empat hari.

Filem terbitan Sony Pictures dan Marvel Studios itu dijadualkan menemui penonton di pawagam pada 31 Julai ini. Bintang utamanya, Tom Holland dan Zendaya, kini sedang menjalani jelajah promosi global yang merangkumi beberapa bandar utama termasuk Rome dan Paris.

Malah, jualan tiket awal Spider-Man: Brand New Day turut dilaporkan mencatat rekod tertinggi bagi mana-mana filem dalam tempoh lima tahun terakhir, sejak kejayaan Spider-Man: No Way Home pada tahun 2021.

Filem ini akan membuka lembaran baharu buat Peter Parker yang kini meneruskan kehidupannya sebagai Spider-Man dalam dunia yang sudah melupakan identitinya. Ketika rakan-rakan lamanya meneruskan kehidupan masing-masing, Peter berdepan tekanan emosi yang akhirnya membawa kepada perubahan besar dalam dirinya.

Dalam masa yang sama, sebuah ancaman misteri baharu muncul dan mengancam bandar serta insan yang disayanginya. Musuh tersebut dikatakan memiliki kuasa luar biasa sehingga tidak dapat dilihat oleh sesiapa.

Selain Tom Holland dan Zendaya, filem ini turut dibintangi Sadie Sink, Jacob Batalon, Jon Bernthal, Tramell Tillman, Michael Mando dan Mark Ruffalo.

Spider-Man: Brand New Day diarahkan oleh Destin Daniel Cretton berdasarkan skrip tulisan Chris McKenna, Erik Sommers dan Justin Kuritzkes. Filem ini diterbitkan oleh Kevin Feige, Amy Pascal, Avi Arad dan Rachel O’Connor.

Dengan sambutan luar biasa terhadap kedua-dua trelernya, Spider-Man: Brand New Day dilihat berpotensi menjadi antara filem terbesar tahun ini di pawagam.

Artikel Berkaitan:  Teaser Star Wars: Ahsoka Musim 2 Telah Dilancarkan, Tayangan Januari 2027

Sumber: Deadline

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Gremlins 3 Ditunda Ke 2028, Dynamic Duo Turut Beralih Tarikh Tayangan

Karim Khan

Filem Terbaru Zack Snyder The Last Photograph Cetus Reaksi Berbelah Bahagi Pengkritik

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Tampil Dengan Pengalaman SCREENX Pertama di Malaysia

Karim Khan

Mahershala Ali Sahkan Tidak Lagi Bintangi Blade, Dakwa Marvel Tidak Mahu Teruskan Projek

Karim Khan

Primetime: Robert Pattinson Berubah Wajah Jadi Chris Hansen, Poster Baharu Dedah Tarikh Tayangan

Karim Khan

War Machines Disahkan Sebagai Tajuk Sekuel Filem Netflix Paling Popular 2026

Karim Khan

Leave a Comment