
Netflix kini berkongsi klip terbaharu daripada Mousetrap, siri thriller misteri Korea yang bakal menemui penonton pada 28 Ogos 2026.
Klip tersebut memberikan gambaran ringkas tentang situasi pelik yang menimpa Moon-jae, seorang novelis penyendiri yang tiba-tiba kehilangan segala-galanya. Cap jarinya tidak lagi dikenali oleh telefonnya, manakala orang di sekelilingnya seolah-olah tidak mengenali dirinya.
Lebih mengejutkan, nama, identiti dan harta miliknya turut dirampas oleh individu misteri yang dikenali sebagai “The Rat”. Tanpa bukti untuk membuktikan bahawa dia ialah Moon-jae, dia terpaksa memburu individu tersebut bagi mendapatkan semula kehidupannya.
Dibintangi Ryu Jun Yeol sebagai Moon-jae dan Sul Kyung Gu sebagai Noja, seorang along yang turut mengendalikan agensi detektif persendirian, Mousetrap diadaptasi daripada webtoon Field Mouse karya Ludvico. Siri ini diarahkan oleh Kim Hong-sun.
Mousetrap akan mula distrim pada 28 Ogos 2026, hanya di Netflix.
