Kakimuvee
AsianOfficial Trailer

Treler Pertama ‘Kung Fu Soccer’ Dilancarkan, Stephen Chow Kembali Dengan Komedi Aksi Bola Sepak Selepas 25 Tahun

Poster pertama Kung Fu Soccer. Kredit gambar: ENCOREFILMS Malaysia

Selepas sekian lama dinantikan peminat, treler pertama Kung Fu Soccer, filem terbaharu arahan Stephen Chow, akhirnya dilancarkan dan memberi gambaran awal mengenai naskhah komedi aksi yang sarat dengan aksi seni mempertahankan diri serta bola sepak.

Treler berdurasi 21 saat yang dikongsikan oleh pengedar filem Encore Films memaparkan gabungan aksi bertenaga, elemen komedi, emosi dan sentuhan unik Stephen Chow yang sinonim dengan karya-karyanya sebelum ini.

Menerusi hantaran di media sosial, Encore Films menyifatkan Kung Fu Soccer sebagai kemunculan semula “Raja Komedi” itu selepas 25 tahun sejak kejayaan fenomena Shaolin Soccer.

Kung Fu Soccer dikatakan merupakan penerus spiritual kepada filem ikonik Shaolin Soccer yang ditayangkan pada tahun 2001.

Kali ini, jalan ceritanya memfokuskan kepada sebuah pasukan bola sepak wanita yang berusaha bangkit daripada kegagalan sebelum mencipta kejayaan luar biasa untuk muncul juara.

Selain membawa kembali gabungan aksi kung fu dan bola sepak yang pernah mencetuskan fenomena lebih dua dekad lalu, filem ini turut menandakan kepulangan Stephen Chow sebagai pengarah ke layar perak selepas kali terakhir menghasilkan The New King of Comedy pada 2019.

Pelancaran treler pertama ini nyata meningkatkan lagi keterujaan peminat yang sudah lama menantikan projek terbaharu daripada pembikin filem legenda Hong Kong itu.

Berdasarkan paparan ringkas yang dikongsikan, Kung Fu Soccer dilihat masih mengekalkan identiti Stephen Chow menerusi aksi yang kreatif, humor yang menghiburkan dan elemen inspirasi yang menjadi kekuatan karya-karyanya selama ini.

Sumber: The Straits Times

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Tiba Tiba Setan – Filem Seram Komedi Indonesia Yang Menggabungkan Misteri dan Hantu

Karim Khan

Cha Tae Hyun Dan Uhm Ji Won Bergandingan Dalam Filem Netflix ‘Two Cops and Five Kids’

Karim Khan

HOPE Raih Lebih 3 Juta Penonton, Kekal Kuasai Pawagam Korea

Farah

YOASOBI Bakal Gegarkan Stadium Nasional Singapura Pada Februari 2027

Farah

Cyberpunk: Edgerunners 2 Dedah Trailer Baharu, Night City Kembali Lebih Brutal

Karim Khan

Tiket Sehala: Filem Aksi Malaysia Arahan Rahila Ali Tayang Ogos Ini

Karim Khan

Leave a Comment