Kakimuvee
Berita

Nolan Anggap Kontroversi The Odyssey Tidak Relevan

Pengarah tersohor Christopher Nolan tidak mengambil serius kritikan yang dilemparkan terhadap filem epik terbaharunya, The Odyssey, walaupun filem itu belum lagi ditayangkan kepada umum.

Sejak treler pertama dilancarkan, filem adaptasi karya epik Homer itu menjadi bualan hangat di media sosial susulan beberapa isu yang dibangkitkan peminat, termasuk penggunaan dialog moden, loghat Amerika dalam latar Yunani purba serta pemilihan barisan pelakonnya.

Dalam temu bual bersama The Telegraph, Nolan berkata segala perdebatan yang berlaku sebelum tayangan filem adalah sesuatu yang tidak relevan kerana tiada siapa sebenarnya mengetahui bagaimana filem itu dipersembahkan.

“Perbincangan yang berlaku sebelum orang menonton filem ini sentiasa tidak relevan, kerana tiada siapa yang berbincang mengenainya benar-benar tahu bagaimana filem itu,” kata Nolan.

Pengarah pemenang Anugerah Oscar itu turut mengimbas kembali pengalaman ketika menghasilkan trilogi The Dark Knight, yang pada mulanya turut menerima pelbagai kritikan, termasuk keputusan memilih Heath Ledger sebagai Joker.

Menurut Nolan, apa yang lebih penting ialah keikhlasan dalam menghasilkan adaptasi terbaik, bukannya cuba memenuhi setiap jangkaan peminat sebelum filem ditayangkan.

Dalam satu lagi temu bual bersama Channel 4 News, Nolan mempertahankan penggunaan bahasa yang lebih moden dalam The Odyssey. Beliau menjelaskan bahawa karya asal Homer sebenarnya mempunyai gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat dengan masyarakat pada zamannya, justeru beliau mahu mengekalkan semangat tersebut untuk penonton masa kini.

The Odyssey dibintangi oleh Matt Damon, Anne Hathaway, Tom Holland, Zendaya, Robert Pattinson, Lupita Nyong’o, Charlize Theron, Elliot Page dan Mia Goth. Filem berbudget sekitar AS$250 juta itu mengisahkan perjalanan penuh cabaran Odysseus untuk pulang ke Ithaca selepas berakhirnya Perang Trojan.

Untuk penonton di Malaysia, The Odyssey akan mula ditayangkan di pawagam GSC dan TGV Cinemas bermula 16 Julai 2026, sehari lebih awal daripada tayangan di Amerika Syarikat.

Sumber: ComingSoon

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Spider-Man: Brand New Day Kekal No. 1, Insidious 6 Raih AS$60 Juta Global

Farah

Treler ‘Your Mother Your Mother Your Mother’ Tampil Mahershala Ali Sebagai Pembunuh Upahan

Karim Khan

Kutipan Box Office ‘Obsession’ Kini Cecah RM403 Juta, Kekal Filem Seram Paling Laris 2026

Karim Khan

Netflix Bakal Tampilkan Filem Thriller Thailand ‘The Debt Collector’

Karim Khan

Michelle Yeoh Bakal Terima Bintang ‘Hollywood Walk of Fame’ Rabu Depan

Karim Khan

Dan Stevens Bakal Jadi RoboCop Dalam Siri Prime Video

Karim Khan

Leave a Comment