
Nintendo dan Illumination telah melancarkan trailer terbaru The Super Mario Galaxy Movie, yang akan ditayangkan pada 1 April 2026. Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah.
Filem kali ini menyaksikan Mario dan Luigi bertemu serta dengan pantas berkawan dengan Yoshi, ketika mereka menyertai Puteri Peach dan Toad dalam satu pengembaraan ke angkasa lepas dan merentasi galaksi untuk berhadapan dengan anak Bowser, iaitu Bowser Jr.
The Super Mario Galaxy Movie menampilkan pendatang baru seperti Brie Larson yang disahkan akan meminjamkan suaranya untuk watak Rosalina, manakala Benny Safdie akan menghidupkan watak Bowser Jr. Mereka akan menyertai barisan asal seperti Chris Pratt (Mario), Anya Taylor-Joy (Peach), dan Charlie Day (Luigi).
