Kakimuvee
Asian

Agent Kim Reactivated Jadi Drama Mini Paling Popular 2026, Catat Rekod Rating Baharu

Drama aksi balas dendam terbaharu SBS, Agent Kim Reactivated, terus mencipta fenomena apabila berjaya menjadi drama mini dengan jumlah tontonan tertinggi setakat tahun 2026, hanya selepas tiga episod ditayangkan.

Menurut data Nielsen Korea, episod ketiga yang disiarkan pada 3 Julai mencatatkan rating purata seluruh negara sebanyak 18.8 peratus. Angka itu bukan sahaja menjadi rekod tertinggi buat drama tersebut, malah menjadikannya program paling banyak ditonton dalam semua kategori yang disiarkan pada hari Jumaat.

Lebih membanggakan, pencapaian itu turut mencatat sejarah sebagai rating tertinggi yang pernah direkodkan oleh mana-mana drama mini sepanjang tahun 2026 setakat ini.

Diadaptasi daripada webtoon popular, Agent Kim Reactivated mengisahkan Kim, seorang bapa yang kelihatan menjalani kehidupan biasa. Namun, di sebalik kehidupannya sebagai seorang ayah penyayang, dia sebenarnya menyimpan masa silam sebagai ejen berbahaya. Apabila anak perempuannya berada dalam bahaya, Kim sanggup mempertaruhkan segala-galanya untuk menyelamatkannya.

Drama ini diterajui oleh So Ji Sub yang kembali mempamerkan karisma menerusi watak penuh aksi dan emosi, sekali gus menjadi antara faktor utama kejayaan siri tersebut menarik perhatian penonton.

Dengan sambutan yang semakin hangat dan rating yang terus meningkat, Agent Kim Reactivated kini dilihat berada di landasan terbaik untuk menjadi antara drama Korea paling berjaya tahun ini.

Sumber: Soompi

Artikel Berkaitan:  CODE: Nam Joo Hyuk Bintangi Siri Thriller Jenayah Baharu Disney+

Related posts

Bae Suzy Bakal Terajui Drama Fantasi Sejarah Netflix ‘Men of the Harem’

Karim Khan

Haunted Universities 4 Bakal Hantui Pawagam Malaysia Pada 27 Ogos Ini

Karim Khan

A Shop For Killers Musim 2 Tayang Julai Ini, Disney Kongsi Trailer Baharu

Karim Khan

Flex X Cop Musim 2 Kembali Dengan Misi Lebih Berbahaya, Strim Di Disney+ Mulai 7 Ogos

Karim Khan

Siccin 9: Filem Seram Turki Kembali Dengan Kisah Sumpahan Keturunan Yang Menggerunkan

Karim Khan

The Remarried Empress Cipta Rekod Baharu Disney+, Ungguli Tayangan Perdana Drama Korea Di Lebih 50 Pasaran

Karim Khan

Leave a Comment