Kakimuvee
Berita

Filem Mutiny Lakonan Jason Statham Tertiris Di Amazon Prime Video

Mutiny movie Leak

Filem aksi terbaharu Jason Statham, Mutiny, didakwa telah dimuatnaik secara tidak sengaja di platform streaming Amazon Prime Video, kira-kira dua hari sebelum tarikh tayangan pawagamnya.

Menurut laporan The Verge, filem tersebut boleh diakses pengguna di Amerika Syarikat untuk tempoh kira-kira sejam, sekali gus membolehkan sesetengah pengguna menonton keseluruhan filem berdurasi sekitar satu jam 35 minit sebelum ia ditayangkan secara rasmi di pawagam pada 21 Ogos 2026.

Mutiny kemudiannya telah diturunkan daripada Prime Video dan tidak lagi boleh ditonton melalui platform tersebut. Setakat laporan itu diterbitkan, tiada petunjuk bahawa filem berkenaan telah diedarkan secara rasmi di platform lain susulan insiden tersebut.

Yang menjadikan insiden ini lebih mengelirukan ialah Mutiny bukan filem yang diumumkan untuk tayangan terus di Amazon Prime Video.

Lionsgate telah menyenaraikan Mutiny sebagai antara filem terbaru dalam katalog mereka, selain turut memaparkan trailer rasmi filem tersebut.

Menurut The Verge, halaman Mutiny yang muncul di Prime Video sudah mempunyai maklumat lengkap termasuk senarai pelakon, imej thumbnail dan sinopsis.

Keadaan itu mencadangkan filem tersebut memang telah dimuat naik ke sistem Amazon, tetapi kemungkinan besar untuk kegunaan pada tarikh yang lain dan bukannya untuk tontonan umum sebelum tayangan pawagam.

Dalam Mutiny, Statham memainkan watak Cole Reed, seorang lelaki yang terjebak dalam konspirasi selepas majikannya yang merupakan seorang bilionair dibunuh. Reed kemudian perlu berdepan tuduhan dan ancaman ketika cuba membongkar perkara sebenar di sebalik pembunuhan tersebut.

Filem ini diarahkan oleh Jean-François Richet dan menampilkan Jason Statham sebagai peneraju utama.

Buat masa ini, belum ada penjelasan rasmi mengenai bagaimana versi penuh Mutiny boleh muncul di Prime Video lebih awal daripada jadual. The Verge turut melaporkan bahawa Amazon telah dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai insiden tersebut.

Artikel Berkaitan:  Dave Bautista Rasmi Jadi Kratos Dalam Siri God of War

Apa yang pasti, kemunculan filem penuh di sebuah platform penstriman hanya beberapa hari sebelum tayangan pawagam merupakan kesilapan besar yang berpotensi memberi kesan kepada pelan tayangan filem berkenaan.

Sumber: The Verge, Gizmodo

Anda boleh membaca ulasan penuh Mutiny disini

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Jason Momoa Bintangi Filem Thriller Jenayah Baharu, Copperhead

Karim Khan

The Legend Of Zelda Jadi Filem Terakhir Sam Neill

Karim Khan

Poster Rasmi Fall 2: Deadpoint Didedahkan, Trailer Baharu Menyusul Esok

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Pecah Rekod Lagi, Kutipan Cecah AS$1.1 Bilion Dalam Masa Kurang Seminggu

Karim Khan

Disney Dilapor Mahu Macaulay Culkin Kembali Dalam Home Alone

Karim Khan

Filem Romantik Margot Robbie dan Jacob Elordi: ‘Wuthering Heights’ Raih Kutipan AS$3 Juta Pada Minggu Pembukaan

Karim Khan

Leave a Comment