Kakimuvee
BeritaSuperhero / Live-Action / Comic

Spider-Man: Brand New Day Dijangka Raih Kutipan Pembukaan Global AS$465 Juta

Spider-Man: Brand New Day still

Selepas kejayaan besar The Odyssey arahan Christopher Nolan yang kini mengutip lebih AS$652 juta di seluruh dunia, perhatian kini beralih kepada satu lagi blockbuster yang dinanti ramai, Spider-Man: Brand New Day.

Menurut laporan Deadline, filem terbaharu Marvel Studios dan Sony Pictures itu diunjurkan mengutip sekitar AS$465 juta di seluruh dunia sepanjang hujung minggu pembukaannya.

Jika unjuran itu menjadi kenyataan, Spider-Man: Brand New Day akan mencatat debut global kedua terbesar dalam sejarah Sony Pictures, hanya di belakang Spider-Man: No Way Home (AS$600.5 juta).

Ia juga bakal menjadi pembukaan kedua terbesar bagi filem Spider-Man dan debut ketiga terbesar bagi mana-mana filem dalam era pasca pandemik COVID-19, di belakang No Way Home dan Zootopia 2.

Sebelum ini, terdapat beberapa ramalan yang lebih optimis dengan menjangkakan filem tersebut mampu meraih sehingga AS$800 juta di seluruh dunia. Bagaimanapun, angka unjuran terus berubah berikutan sambutan luar biasa terhadap jualan tiket awal.

Deadline melaporkan Spider-Man: Brand New Day telah mengutip kira-kira AS$80 juta menerusi pra-jualan tiket di Amerika Utara, sekali gus menyukarkan penganalisis untuk membuat ramalan yang lebih tepat.

Walaupun sukar untuk menandingi fenomena Spider-Man: No Way Home, filem ini mempunyai beberapa kelebihan tersendiri. Ini merupakan filem solo MCU Spider-Man pertama dalam tempoh lima tahun, selain menampilkan kemunculan watak popular Marvel seperti Punisher dan Hulk yang meningkatkan lagi keterujaan peminat.

Pada masa sama, reaksi awal di media sosial dan ulasan daripada pengkritik profesional turut memberikan gambaran positif. Malah, ramai menyifatkan Brand New Day sebagai antara filem Spider-Man terbaik dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Sekiranya sambutan penonton menyamai reaksi positif pengkritik, tidak mustahil Spider-Man: Brand New Day mampu mencipta satu lagi rekod besar di box office.

Sumber: Deadline menerusi ComicBook.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Showrunner Lanterns Beri Bayangan Tentang Hala Tuju Musim Kedua

Karim Khan

3 Perkara Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang Dalam Trailer Avengers: Doomsday

Karim Khan

The End Of Oak Street: Risau Dengan Nasib Starbuck? Anne Hathaway Dedahkan Spoiler

Karim Khan

Jim Carrey Dilapor Kembali Sebagai The Grinch, Sekuel Baharu Sedang Dalam Pembangunan

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Tampil Dengan Pengalaman SCREENX Pertama di Malaysia

Karim Khan

“Steve Rogers Sangat Dekat Di Hati Saya” – Chris Evans

Karim Khan

Leave a Comment