Kakimuvee
Official Trailer

Filem Aksi The Beast Lakonan Samuel L. Jackson Tayang 9 Oktober Ini

Filem The Beast lakonan Samuel L. Jackson

Samuel L. Jackson dan Joel Kinnaman bakal bergandingan dalam filem aksi thriller terbaharu, The Beast, yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 9 Oktober ini.

Diarahkan oleh Renny Harlin, yang cukup dikenali menerusi filem aksi seperti Die Hard 2 dan Cliffhanger, filem ini membawa penonton ke dalam situasi genting apabila Amerika Syarikat berdepan cubaan rampasan kuasa.

The Beast mengisahkan sekumpulan militan yang tidak dikenali melancarkan serangan terancang untuk merampas kuasa di Amerika Syarikat. Dalam keadaan tersebut, Presiden terpaksa menggunakan sepenuhnya keupayaan rahsia kenderaan rasminya yang dikenali sebagai The Beast demi menyelamatkan diri dan mempertahankan negara.

Namun, Presiden bukan sahaja perlu menguasai kenderaan berperisai itu. Dalam usahanya untuk bertahan, dia juga perlu menyelamatkan ejen Secret Service, Taft, serta kembali mendapatkan isterinya.

Samuel L. Jackson membawakan watak Presiden Amerika Syarikat, manakala Joel Kinnaman tampil sebagai Ejen Taft. Turut membintangi filem ini ialah Guy Burnet, Eoin Macken dan Colin Morgan.

Skrip The Beast ditulis oleh Umair Aleem, manakala Renny Harlin mengambil alih tugas pengarahan selepas sebelum ini terlibat dengan beberapa filem aksi termasuk The Long Kiss Goodnight, Deep Blue Sea dan The Bricklayer.

Dengan sebuah kenderaan Presiden yang dilengkapi pelbagai keupayaan rahsia menjadi nadi utama ceritanya, The Beast menjanjikan gabungan aksi, thriller dan perebutan kuasa dalam usaha menyelamatkan Amerika Syarikat daripada ancaman dalaman.

The Beast akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 9 Oktober 2026.

Sementara menantikan tayangannya, anda boleh saksikan trailer serta lihat poster rasmi The Beast yang kami sertakan di bawah.

Related posts

Possessed: Filem Seram Thailand Tayang Di Malaysia Ogos Ini

Karim Khan

[VIDEO] Resident Evil Bakal Gunakan Perspektif Orang Pertama Seperti Dalam Permainan

Karim Khan

Steps: Filem Animasi Netflix Tampilkan Kisah Cinderella Dari Sudut Berbeza

Farah

Slayground: A24 Lancar Teaser Pertama Filem Seram Yang Bertemakan Rumah Hantu

Karim Khan

Crystal Lake Dedah Asal-Usul Pamela Voorhees Dalam Teaser Pertama, Siri Prekuel Friday the 13th Tayang Oktober Ini

Karim Khan

Trailer Crystal Lake Dedahkan Misteri Di Sebalik Jason Voorhees

Karim Khan

Leave a Comment