Kakimuvee
Berita Lokal

Beto Kusyairy, Shukri Yahaya Dan Barisan Pelakon Meriahkan Gala Premiere CHELOT

Filem CHELOT bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Ogos 2026. Menjelang tayangan tersebut, Gala Premiere filem berkenaan berlangsung meriah di IOI City Mall, Putrajaya pada 18 Ogos lalu.

Acara yang berlangsung di Concourse, LG West Court, IOI City Mall itu menghimpunkan barisan pelakon, penerbit, penggiat industri, tetamu kehormat dan rakan media bagi meraikan perjalanan CHELOT sebelum tayangan kepada umum.

Turut hadir ialah Ketua Polis Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail sebagai tetamu kehormat.

Gala Premiere tersebut tampil dengan konsep red carpet yang disesuaikan dengan identiti serta karakter filem CHELOT. Acara dimulakan dengan kemunculan barisan pelakon sebelum diteruskan dengan perarakan Urumi Melam yang menampilkan pelakon Theebaan G dan Chandni Nagadurga.

Barisan pelakon utama CHELOT kemudiannya membuat kemunculan dari arah bertentangan menerusi pintu masuk yang diinspirasikan daripada gaya Polis Diraja Malaysia, selari dengan konsep filem tersebut.

Antara pelakon utama yang hadir ialah Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin dan Azhan Rani.

Adrian Teh Kongsi Visi Di Sebalik CHELOT

Acara tersebut turut menampilkan ucapan daripada Adrian Teh, yang bertindak sebagai pengarah, penulis skrip dan penerbit CHELOT, selain Ketua Pegawai Eksekutif Act 2 Pictures.

Beliau berkongsi mengenai visi serta perjalanan pembikinan CHELOT, termasuk cabaran dalam merealisasikan babak aksi one-take yang menjadi antara pencapaian utama filem tersebut.

Babak berdurasi 5 minit 19 saat itu dirakam secara berterusan merentasi laluan sepanjang 1.9 kilometer, dari Quill City Mall ke Pertama Complex.

Babak berkenaan turut diiktiraf secara rasmi oleh Malaysia Book of Records sebagai “Longest Single-Take Action Sequence in a Movie”.

Artikel Berkaitan:  Erma Fatima Seru Masyarakat Buka Mata Isu Tunggang Agama

Menurut Adrian, penghasilan babak tersebut memerlukan perancangan dan persiapan yang teliti, dengan penglibatan lebih 300 kru produksi, 150 hari persiapan, 60 jam latihan dan lapan jam penggambaran.

Sebanyak 50 kenderaan prop turut digunakan bagi menjayakan keseluruhan babak berkenaan.

Memandangkan konsep one-take memerlukan rakaman secara berterusan tanpa sebarang potongan, setiap pergerakan pelakon, kru, kamera, kenderaan dan elemen aksi perlu diselaraskan dengan tepat.

Tayangan Eksklusif Dan Sidang Media

Selepas sesi red carpet dan fotografi berkumpulan, barisan pelakon, tetamu kehormat serta rakan media bergerak ke GSC IOI City Mall untuk menyaksikan tayangan eksklusif CHELOT.

Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi Meet and Greet bersama barisan pelakon sebelum sidang media berlangsung di Hall 11, GSC IOI City Mall.

Gala Premier filem Chelot di IOI Mall Putrajaya

Dalam sesi tersebut, barisan pelakon dan pasukan produksi berkongsi pengalaman sepanjang pembikinan CHELOT, termasuk mengenai karakter masing-masing, cabaran penggambaran, pengalaman bekerja bersama serta momen yang paling diingati.

Rakan media turut diberikan peluang untuk mengemukakan soalan secara langsung kepada barisan pelakon dan pasukan produksi sebelum sesi temu bual secara one-to-one diteruskan.

CHELOT Di Pawagam 27 Ogos

Gala Premiere ini menjadi antara kemuncak perjalanan promosi CHELOT sebelum filem tersebut menemui penonton di seluruh Malaysia.

CHELOT akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 27 Ogos 2026.

Anda boleh baca ulasan filem Chelot disini.

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

FINAS Mahu Industri Filem Tempatan Contohi Pengurusan Produksi Hollywood

Karim Khan

Astro X3 Dilancarkan, Tonton Kandungan Astro Tanpa Dekoder Dan Pemasangan

Karim Khan

Filem Polong Akan Kembali Ke Pawagam Dengan Versi Director Cut Yang Lebih Mengerikan

Karim Khan

IMAX with Laser Kini Dibuka di IOI Mall Damansara, GSC Tawar Tiket Promosi & Ganjaran Eksklusif

Karim Khan

Nas-T Mahu Cabar Diri Dengan Watak Di Luar Genre Aksi

Farah

Gerak Khas 2.0 Tampil Lebih Besar, Yusof Haslam Tegaskan Kejayaan Kerana Sokongan Penonton

Karim Khan

Leave a Comment