Kakimuvee
Berita

Disney Lancar Infinity Vision, Tayangan Khas ‘Avengers: Endgame Encore’ Tampilkan Babak Baharu

Disney kini memperkenalkan format tayangan premium baharu dikenali sebagai Infinity Vision, yang bakal digunakan untuk tayangan semula Avengers: Endgame menerusi versi khas Avengers: Endgame Encore pada 25 September ini.

Menurut laporan Deadline, lebih 7,500 skrin pawagam di seluruh dunia telah memohon pensijilan Infinity Vision, dengan Disney sedang menjalankan proses pengesahan sebelum tayangan semula filem tersebut.

Infinity Vision diperkenalkan sebagai penanda kepada skrin pawagam berkualiti tinggi yang menawarkan pengalaman tontonan terbaik selain format sedia ada seperti IMAX, 4DX dan Dolby Cinema. Disney sebelum ini mengumumkan format tersebut ketika acara CinemaCon.

Menariknya, tayangan Avengers: Endgame Encore dalam format Infinity Vision dan IMAX akan menampilkan pengenalan khas, rakaman baharu yang tidak pernah ditayangkan serta adegan penutup eksklusif.

Bagi melayakkan sesebuah pawagam menerima status Infinity Vision, skrin tersebut perlu memenuhi beberapa kriteria termasuk lebar minimum 45 kaki, sistem audio imersif seperti Dolby Atmos atau 7.1, serta tahap kecerahan tertentu bagi tayangan 2D dan 3D.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinemark, Sean Gamble, memuji usaha Disney dalam mewujudkan satu jenama yang memudahkan penonton mengenal pasti pengalaman tayangan premium di pawagam.

Pada pembentangan Disney di CineEurope di Barcelona, studio itu turut memperlihatkan rakaman awal beberapa filem akan datang termasuk Avengers: Doomsday, Star Wars: Starfighter, Ice Age: Boiling Point, Moana, Gatto, Hexed, The Dog Stars dan Whalefall.

Avengers: Doomsday dijadualkan menemui penonton pada 18 Disember dan akan ditayangkan di skrin premium besar, walaupun sebahagian skrin IMAX sebelum ini telah ditempah untuk tayangan Dune: Part Three.

Sumber: Deadline

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

10 Filem Blockbuster Hollywood Yang Gagal Di Box Office Pada 2026

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan Pratonton AS$72 Juta

Karim Khan

Johnny Depp Kembali Sebagai Jack Sparrow? Pirates Of The Caribbean 6 Terima Kemaskini Terbaharu

Karim Khan

Russo Brothers Rancang Satu Lagi Filem Avengers Selepas Secret Wars?

Karim Khan

Poster Rasmi Fall 2: Deadpoint Didedahkan, Trailer Baharu Menyusul Esok

Karim Khan

Naruto: Charles Melton Dalam Rundingan Bawa Watak Kakashi

Karim Khan

Leave a Comment