Kakimuvee
NetflixStreaming

Netflix Naikkan Harga Langganan Di Malaysia

Netflix

Netflix menaikkan harga langganan bagi semua pelan di Malaysia, dengan peningkatan antara RM1 hingga RM7 sebulan. Caj untuk slot ahli tambahan turut menerima kenaikan.

Berdasarkan semakan di laman rasmi Netflix, pelan Mobile kini berharga RM19.90 sebulan, berbanding RM18.90 sebelum ini.

Pelan Basic pula meningkat daripada RM29.90 kepada RM33.90 sebulan, manakala pelan Standard naik daripada RM49.90 kepada RM55.90.

Kenaikan paling tinggi dicatatkan untuk pelan Premium yang kini berharga RM69.90 sebulan, berbanding RM62.90 sebelum ini.

Berikut ialah harga baharu langganan Netflix di Malaysia:

  • Mobile: RM19.90 sebulan, naik RM1
  • Basic: RM33.90 sebulan, naik RM4
  • Standard: RM55.90 sebulan, naik RM6
  • Premium: RM69.90 sebulan, naik RM7

Netflix turut mengemas kini caj bagi ahli tambahan yang tidak tinggal dalam isi rumah yang sama dengan pemilik akaun.

Bagi pelan Standard, pengguna boleh menambah seorang ahli tambahan dengan caj RM14.90 sebulan, berbanding RM13 sebelum ini.

Sementara itu, pelanggan Premium boleh menambah sehingga dua ahli tambahan. Setiap slot kini dikenakan caj RM14.90 sebulan, berbanding RM13 sebelum ini.

Menurut notis yang dihantar Netflix kepada pelanggan, pelarasan harga itu dibuat bagi membolehkan syarikat terus menambah baik perkhidmatan serta menawarkan lebih banyak siri televisyen dan filem baharu kepada pelanggan setiap minggu.

Dengan harga baharu ini, langganan pelan Premium sahaja menelan kos RM838.80 setahun, tidak termasuk caj ahli tambahan.

Jika pengguna Premium mengambil dua slot ahli tambahan, jumlah bayaran bulanan kini mencecah RM99.70.

Sumber: NST

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Jessica Alba Sertai Reboot 13 Going on 30 Terbitan Netflix

Karim Khan

The People v. Gorilla Grodd: Siri Komedi DC Studios Dapat Lampu Hijau

Karim Khan

Flex X Cop Musim 2 Kembali Dengan Misi Lebih Berbahaya, Strim Di Disney+ Mulai 7 Ogos

Karim Khan

Dave Bautista Rasmi Jadi Kratos Dalam Siri God of War

Karim Khan

Musim Kedua Avatar: The Last Airbender Bakal Ditayangkan 25 Jun di Netflix

Karim Khan

Gara-Gara Dipilih Sebagai Snape, Paapa Essiedu Dedah Pernah Terima Ancaman Bunuh

Farah

Leave a Comment