Kakimuvee
BeritaPrime VideoStreaming

Dave Bautista Rasmi Jadi Kratos Dalam Siri God of War

Dave Bautista as Kratos

Dave Bautista secara rasmi bakal memegang watak Kratos dalam siri TV God of War terbitan Amazon Prime Video, sekali gus mengambil alih peranan tersebut daripada Ryan Hurst.

Pelakon Dune dan Guardians of the Galaxy itu sebelum ini dilaporkan sedang dalam rundingan untuk membawa watak utama berkenaan selepas Hurst, yang diumumkan sebagai Kratos pada Januari 2026, mengalami kecederaan ketika penggambaran.

Hurst dilaporkan mengalami kecederaan koyak pada otot bisepyang memerlukan pembedahan. Keadaan tersebut dijangka menyebabkan penggambaran ditangguhkan sehingga 2027, sebelum Amazon dan Sony memutuskan untuk melakukan rombakan pelakon bagi watak Kratos.

Dengan Bautista kini rasmi menyertai projek tersebut, produksi dijangka disambung semula dalam beberapa minggu akan datang. Semua babak yang sebelum ini menampilkan Hurst juga perlu menjalani penggambaran semula.

Pemilihan Bautista sebagai Kratos dilihat sesuai dengan tuntutan fizikal watak tersebut. Selain mempunyai pengalaman dalam filem aksi dan lakonan, Bautista juga sudah mempunyai fizikal yang diperlukan untuk membawa watak Kratos tanpa memerlukan tempoh persediaan yang terlalu lama.

Adaptasi Dua Permainan God of War Terbaharu

Siri ini akan mengadaptasi kisah daripada dua permainan God of War terbaharu yang menampilkan Kratos dalam era mitologi Norse.

Ia akan mengikuti mengisahkan Kratos bersama anak lelakinya, Atreus, dalam perjalanan untuk menaburkan abu Faye, isteri Kratos dan ibu kepada Atreus. Dalam pengembaraan tersebut, Kratos cuba mengajar anaknya untuk menjadi dewa yang lebih baik, manakala Atreus pula cuba mengajar bapanya untuk menjadi manusia yang lebih baik.

Prime Video telah merancang siri God of War untuk dua musim, yang akan menjalani penggambaran dua musim secara berturut-turut. Penggambaran telah bermula di Vancouver pada Februari lalu, sebelum tertangguh seketika.

Artikel Berkaitan:  DISNEY PERNAH CUBA MEMILIKI FRANCAIS JAMES BOND SEBELUM AKHIRNYA DIMILIKI AMAZON

Callum Vinson kekal membawakan watak Atreus. Barisan pelakon lain termasuk Max Parker sebagai Heimdall, Ólafur Darri Ólafsson sebagai Thor, Mandy Patinkin sebagai Odin, Alastair Duncan sebagai Mimir, Danny Woodburn dan Jeff Gulka sebagai Brok dan Sindri, serta Ed Skrein sebagai Baldur.

Ronald D. Moore bertindak sebagai penulis, penerbit eksekutif dan showrunner siri tersebut. Frederick E.O. Toye pula akan mengarahkan dua episod pertama.

Siri ini diterbitkan bersama oleh Sony Pictures Television dan Amazon MGM Studios dengan kerjasama PlayStation Productions serta Tall Ship Productions.

Sumber: Variety

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Insidious: Out of the Further Perkenalkan Cyrus, Entiti Jahat Baharu Dalam Dunia The Further

Karim Khan

Spider-Man: Brand New Day debut dengan 90% di Rotten Tomatoes, raih ulasan positif pengkritik

Karim Khan

VisionQuest: Paul Bettany Dan James Spader Kembali Dalam Siri Terbaru Marvel

Karim Khan

The Walking Dead: Daryl Dixon Bakal Tamat Dengan Musim Keempat Pada 2027

Farah

Tim Curry, Bintang The Rocky Horror Picture Show Dan It, Meninggal Dunia Pada Usia 80 Tahun

Karim Khan

Marvel Television Dedah Treler Baharu ‘Daredevil: Born Again’ Musim Ke-2; Bakal Ditayangkan di Disney+ Mac Ini

Karim Khan

Leave a Comment