Kakimuvee
Berita Lokal

RTM Dan Astro Perkukuh Kerjasama Strategik, Perluas Akses Kandungan Berkualiti Kepada Rakyat

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Astro mengumumkan kerjasama strategik yang diperkukuhkan bagi memastikan rakyat Malaysia terus menikmati kandungan berkualiti menerusi pelbagai platform penyiaran.

Langkah itu dilihat sebagai usaha bersama kedua-dua organisasi dalam menyesuaikan diri dengan perubahan landskap media semasa yang semakin dipengaruhi oleh perkembangan teknologi digital dan perubahan corak penggunaan media dalam kalangan masyarakat.

Menurut kenyataan bersama, RTM dan Astro berkongsi pandangan bahawa industri penyiaran masa kini memerlukan pendekatan yang lebih progresif, inklusif dan berorientasikan masa hadapan bagi memastikan kandungan tempatan terus relevan serta mampu memenuhi keperluan penonton.

Melalui kerjasama yang diperkukuhkan ini, kedua-dua pihak komited untuk memperluaskan lagi inisiatif strategik yang mampu merancakkan pembangunan kandungan tempatan, memperkasa bakat kreatif negara dan menyumbang kepada pertumbuhan industri media yang lebih mampan serta berdaya saing.

Dalam perkembangan sama, RTM dan Astro turut menyambut baik peluasan penyiaran beberapa saluran RTM di platform Astro, termasuk saluran Sukan+, Berita RTM dan rangkaian stesen radio RTM.

Inisiatif tersebut dijangka dapat memperluaskan akses rakyat terhadap kandungan awam yang berkualiti, dipercayai dan relevan, selain memperkukuhkan penyampaian maklumat berkepentingan nasional kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Kedua-dua organisasi turut berkongsi aspirasi untuk mewujudkan ekosistem media yang lebih mampan, mesra pengguna dan mampu memberikan nilai terbaik kepada rakyat Malaysia.

Seiring dengan perkembangan teknologi dan peningkatan pilihan platform media, RTM dan Astro percaya kerjasama yang lebih erat antara pemain industri amat penting bagi memastikan akses kepada kandungan berkualiti dapat terus diperkasakan pada kos yang berpatutan dan tidak membebankan pengguna.

Rakyat Malaysia akan terus menikmati saluran TV1, TV2 dan TV Okey menerusi platform Astro, NJOI dan Sooka. Pada masa sama, saluran Berita RTM, Sukan+ serta rangkaian radio RTM dijangka mula ditawarkan kepada pelanggan Astro dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:  Astro Kini Tawarkan Promosi Hebat Dengan 8 Aplikasi Penstriman Popular Dalam Satu Pek Mudah

RTM dan Astro yakin kerjasama strategik yang diperkukuhkan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi, malah mampu memperkukuhkan industri media tempatan dan memperluaskan akses rakyat kepada kandungan yang berkualiti, dipercayai serta relevan.

Sumber: Astro

SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

Rosyam Nor Anggap Kecaman Terhadap Watak Firzan Bukti Lakonannya Berjaya

Karim Khan

Bas Malam Lancar Teaser Poster Rasmi Menjelang Tayangan Oktober 2026

Karim Khan

5 Sebab Anda Wajib Tonton ‘Tiket Sehala’, Thriller Terbaharu Yang Paparkan Realiti Job Scam

Karim Khan

Belum Ditayangkan, Kudrat 1968: High Council Catat RM3 Juta Jualan Tiket Awal

Karim Khan

Poster Rasmi Baga: Esok Untuk Siapa Dilancarkan, Bakal Ditayangkan 5 November Ini

Karim Khan

Papa Zola The Movie Umum Barisan Pelakon Suara Korea Selatan

Karim Khan

Leave a Comment