Kakimuvee
BeritaHorror

Scary Movie 6 Raih Lebih RM200 Juta, Francais Kini Cecah Kutipan AS$1 Bilion

Francais seram komedi popular Scary Movie terus membuktikan kehebatan apabila filem terbaharu berjaya melepasi kutipan AS$200 juta (sekitar RM980 juta) di seluruh dunia.

Selepas mencatat kutipan pembukaan global sebanyak AS$105 juta, Scary Movie 6 kini telah mengumpul AS$208.5 juta, termasuk AS$100 juta daripada pasaran domestik Amerika Syarikat.

Pencapaian itu sekali gus menjadikan jumlah kutipan keseluruhan keenam-enam filem Scary Movie kini melepasi AS$1 bilion di box office global.

Berikut ialah jumlah kutipan setiap filem dalam francais tersebut:

  • Scary Movie (2000) – AS$278 juta
  • Scary Movie 2 – AS$141.2 juta
  • Scary Movie 3 – AS$220.6 juta
  • Scary Movie 4 – AS$178.2 juta
  • Scary Movie 5 – AS$78.3 juta
  • Scary Movie 6 – AS$208.5 juta

Lebih menarik, filem terbitan Paramount itu hanya menelan belanja produksi sekitar AS$30 juta, sekali gus menjadikannya satu lagi kejayaan besar dari segi keuntungan.

Walaupun menerima ulasan kurang memberangsangkan dengan skor 23% di Rotten Tomatoes serta gred C+ CinemaScore, sambutan penonton di pawagam tetap luar biasa. Ini membuktikan Scary Movie 6 berjaya menarik penonton meskipun tidak mendapat pujian daripada pengkritik.

Filem ini turut menyaksikan kepulangan pelakon ikonik seperti Marlon Wayans, Shawn Wayans, Anna Faris dan Regina Hall, yang kembali menghidupkan watak kegemaran peminat selepas bertahun-tahun.

Diarahkan oleh Michael Tiddes (A Haunted House), Scary Movie 6 menyindir pelbagai trend filem seram moden termasuk reboot, remake, requel, prekuel, sekuel, spin-off, “elevated horror”, filem origin, serta trend “final chapter” yang sebenarnya bukan penamat kepada satu-satu francais.

Dengan prestasi semasa di pawagam, Scary Movie 6 kini muncul sebagai antara kejayaan box office terbesar bagi filem komedi berklasifikasi R dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan:  'Portrait of God', Projek Kolaborasi Antara Sam Raimi dan Jordan Peele - Apa Kita Tahu Setakat Ini
SUBSCRIBE

Berita, review dan suggestion filem & siri tv terus ke e-mel anda

Kami tak spam! baca privacy policy untuk info lanjut.

Related posts

John Leguizamo Jadi Villain Dalam Filem Miami Vice ’85 Arahan Joseph Kosinski

Karim Khan

Meme Seram ‘Siren Head’ Kini Diangkat Menjadi Filem Hollywood

Karim Khan

Dwayne Johnson Pertahankan Moana Selepas Terima Kritikan

Karim Khan

Disney Cecah Kutipan Global AS$3 Bilion, Studio Pertama Capai Rekod Itu Pada 2026

Karim Khan

Tonton Trailer ‘Legend of the White Dragon,’ Filem Terakhir Ikon Power Rangers Jason David Frank

Karim Khan

Khong-Khaek 2 Bakal Menghantui Pawagam Malaysia 24 September Ini

Farah

Leave a Comment